3 Fakta Tentang Bericum Yang Pasti Mengejutkan Anda

Bagi yang sudah berumah tangga kalau bercakap sahaja tentang bercium dengan pasangan pasti ianya akan membuatkan anda senyum sampai ke telinga. Haa betul tak? Siapa sangka dengan hanya ciuman mulut ke mulut ia boleh menambahkan kemesraan dalam hubungan suami isteri dan dalam masa yang sama memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan diri seseorang.

Kebiasaannya bercium ni sudah menjadi tradisi untuk menzahirkan perasaan sayang anda kepada pasangan, tapi sebenarnya terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kelebihan mencium pasangan dalam aspek kesihatan. Donna pasti ramai yang akan terkejut dengan 5 fakta tentang bercium yang anda belum ketahui, jom lihat di bawah!

Related image

Sumber: liputan

Bakar Kalori Dalam Setiap Minit 

Apabila anda mencium pasangan, dalam setiap minit anda mampu membakar sebanyak 26 kalori dengan sekelip mata! Ini cara paling mudah bagi anda yang ingin mempunyai berat badan yang seimbang. Jadi sambil berkasih sayang tu, ia pasti akan buat anda lebih teruja untuk ‘lock’ bibir anda dengan pasangan agar ianya lebih romantik dan kerap dilakukan.

Tenangkan Diri Dengan Ciuman 

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Lafayette College akan ada satu hormon yang membuatkan anda berasa bahagia dan tenang apabila ia dikeluarkan ketika anda sedang bercium dengan pasangan yang dipanggil hormon oksitiksin.

Tak perlu lama-lama, hanya 20 saat sudah mampu membuatkan anda rasa bahagia dan mampu melepaskan hormon yang ada.

Image result for bakar kalori cium

Sumber: liputan

Menjaga Kesihatan Jantung 

Kebiasaanya orang yang mengalami sakit jantung ni berpunca daripada tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Cuba bayangkan kalau anda stress haa mesti lagi meningkat tekanan darah. Jadi menurut kajian, jika anda kerap mencium pasangan secara tak langsung ia akan menjaga kesihatan jantung kerana anda berada dalam keadaan baik dan tenang.

Haa jangan ingat ciuman ni hanya mampu meluahkan rasa kasih sayang pada pasangan je tapi ia mampu memberi kesihatan pada tubuh badan anda. Lepas ni anda boleh jadikan ia sebagai rutin dalam hubungan agar ianya semakin mesra.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna