3 Cara Paling Berkesan Untuk Membunuh Lalat Buah

Sebagai seorang ibu pasti anda mahukan yang terbaik untuk anak anda terutama makanan yang mereka makan setiap hari. Nutrisi yang baik akan membantu tumbesaran kanak-kanak tetapi adakah kebersihan makanan di rumah anda terjamin? Meletakkan buah-buahan di atas meja untuk menggalakkan si kecil makan adalah perkara yang baik  tetapi sedar atau tidak bahawa wujudnya lalat buah yang hinggap sehingga ia meninggalkan kesan bintik-bintik hitam pada buah.

Perangkap

Mudah sahaja untuk menghilangkan lalat buah anda hanya perlu menggunakan satu jenis buah yang sudah rosak untuk dijadikan perangkap. Letakkan buah tersebut pada mangkuk dan letakkan plastik untuk tutup mangkuk tersebut. Kemudian ambil lidi untuk buat lubang kecil pada plastik tersebut agar lalat tertumpu pada bau busuk di dalam mangkuk tersebut.

Related image

Sumber: commonkitchen

Sabun Cuci Pinggan

Sabun cuci pinggan bertindak sebagai bahan kimia yang dapat membunuh lalat buah. Jadi anda hanya perlu tambah sabun tersebut ke dalam bancuhan manis kemudian tambah sedikit cuka. Ini kerana lalat akan suka dengan aroma masam dan manis namun ia akan mati ketika meminum air campuran tersebut kerana mengandungi bahan kimia.

Related image

Sumber:easyfruit

Minuman Soda

Sedapnya air soda. Haa minuman soda ni bukan hanya untuk minum je tapi boleh juga dijadikan sebagai penghapus lalat buah. Lepas dah minum jangan buang botol tu, buatkan satu lubang pada penutup botol. Kemudian biarkan botol tanpa dibasuh kerana lalat akan hinggap pada titisan baki minuman yang ada pada botol tersebut.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber: wikihow

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna