3 Cara Mudah Pakai Tudung Tapi Kelihatan Elegan

Macam manalah nak pakai tudung berbelit-belit. Terletak elok pulak tu! Kalau aku pakai, 5 minit lepas tu mesti dah lari-lari kedudukan tudung,”

Pada zaman sekarang penggayaan fesyen bertudung semakin mendapat tempatSampaikan ada yang bertudung semata-mata untuk mengikuti gaya fesyen masa kini.

Namun, pasti ada di antara anda yang tidak tahu bagaimana ingin melilit tudung atau menggayakan tudung mengikut peredaran masa kini dengan cara yang mudah.

Jangan risau, artikel kali ini dapat membantu anda untuk kelihatan lebih elegan walaupun dengan gaya tudung yang ringkas!

Cara 1

  1. Ambil shawl berbidang lebar.
  2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah panjang dan sebelah pendek.
  3. Kepilkan tudung yang di sebelah panjang dan bawa ke tepi muka yang berlawan arah untuk di pin kan sehingga ke pangkal paling atas.
  4. Rapikan tudung untuk menutup di bahagian dada.
  5. Selimpangkan bahagian pendek di bahu sebelah.
  6. Pinkan pada kedua bahu untuk tidak bergerak.
  7. Siap!

Cara 2

  1. Ambil shawl berbidang lebar.
  2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah panjang dan sebelah pendek.
  3. Ambil yang sebelah panjang lilit di bahgaian leher
  4. Kemaskan.
  5. Pin dibahagian tepi untuk memastikan tudung tidak bergerak.

Cara 3

  1. Ambil tudung bawal satin dan lipatkan segi tiga seperti biasa.
  2. Letakkan di atas kepala dan pastikan kedua-dua blah panjang sama rata.
  3. Kepilkan tudung dan tarik di bahagian tepi.
  4. Pinkan sehingga ke pangkal paling atas.
  5. Sebelah yang masih lagi terlepas diselimpangkan ke sebelah bahu.
  6. Kemaskan.
  7. Kemudian, di pinkan untuk tidak bergerak.

Walau bagaimanapun, ramai yang tersalah anggap bahawa penggayaan turban adalah salah satu fesyen dalam menggayakan gaya tudung. Ia salah sama sekali kerana turban hanyalah penutup kepala, bukan digunakan untuk menutup aurat.

Apa pun, ketika nak mencuba tudung cara Donna ini, apa kata anda dengarkan lagu di bawah ini untuk menambahkan mood seri anda. Selamat mencuba!

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna