3 Bahan Ini Mampu Rawat Kulit Kering Dengan Berkesan

Bila bekerja dalam aircond tambah pula dengan cuaca yang panas mampu menjadi punca terjadinya kulit kering. Secara klinikalnya kulit kering dikenali sebagai xerosis yang berlaku di atas beberapa sebab seperti persekitaran, proses penuaan dan keadaan kesihatan yang tidak baik.

Image result for dry skin

Sumber : Healthline

Bila kulit kering mesti makeup pun bercapuk ! Sebenarnya kulit kering mempunyai jenis dan punca yang tersendiri jadi jika anda mengalaminya pastikan anda tahu punca kenapa ianya berlaku. Jangan ambil mudah kerana kulit kering sebenarnya lebih bahaya berbanding kulit berminyak ini kerana jika kulit anda terlalu kering ia boleh menyebabkan luka dan berlaku iritasi pada wajah. Tapi jangan risau Donna akan kongsikan bahan yang mudah untuk didapati bagi merawat masalah kering anda.

Image result for dry skin

Sumber : LiveAbout

Minyak adalah bahan yang terbaik untuk membantu mengembalikan kelembapan pada wajah. Anda boleh menggunakan minyak seperti minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba. Cara penggunaannya amat mudah, anda hanya perlu ratakan minyak di seluruh kawasan yang kering sebelum tidur dan biarkannya. Bilas pada keesokan hari,  anda akan rasa kelembapan pada wajah. Amalkan sehingga masalah kulit kering anda hilang.

Image result for jojoba oil

Sumber : ootymade

Bahan yang mudah untuk anda dapati bagi menyelesaikan masalah kulit kering adalah susu. Susu bertindak untuk meredakan ketegangan pada kulit dan bersifat antiflamasi yang mampu mencegah keradangan pada kulit. Anda boleh jadikan ia sebagai masker dan biarkan pada wajah lima hingga tujuh minit kemudian bilas. Kebiasaanya madu digunakan untuk pemanis hidangan tetapi ia juga boleh digunakan untuk merawat kulit kering anda dengan mudah. Madu mengandungi antioksidan yang mampu melembapkan serta mengekalkannya pada kulit wajah. Sapu madu pada wajah anda, biarkan selama 15 minit untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Image result for susu

Sumber : InspiraData

Related image

Sumber : 4muda

Selain menggunakan bahan seperti madu, susu dan minyak anda juga sebenarnya perlu minum air dengan secukupnya untuk mengekalkan kelembapan kulit dan sentiasa hidrasi. Untuk mendapatkan kulit yang sihat pemakanan yang baik juga penting untuk anda tetapi jika masalah kulit kering menjadi semakin teruk anda perlu dapatkan rawatan daripada pakar.

 

 

 

 

 

Sumber : DokterSehat

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna