3 Artis Hijab Ini Kongsi Cara Mereka Menjaga Rambut

Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helaian rambut di atas kulit kepala dan setiap hari lebih kurang 100 helaian rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.

Rambut juga menjadi makhota baik perempuan mahupun lelaki. Tapi, tidak ramai yang pandai menjaga dan menguruskan rambut mereka dengan betul sehingga menyebabkan rambut mereka busuk, kusut dan tidak bermaya.

Lebih-lebih lagi wanita yang bertudung. Lantaran itu, Donna akan kongsikan bersama anda cara penjagaan rambut dari 3 orang selebriti yang berhijab iaitu Nabila Razali, Syifa Melvin dan juga Sarah Suhairi.

Sarah Suhairi

Siapa tidak mengenali penyanyi cilik yang bertudung pernah menjadi bualan orang ramai selepas membuat  menyanyikan lagu Blackpink berjudul Ddu-ddu Ddu-ddu di pentas Big Stage, Sarah Suhairi.

Menurut Sarah, penjagaan rambut bagi setiap individu tidak sama kerana ia bergantung kepada jenis rambut yang dimiliki oleh seseorang. Jika kerinting, mungkin penjagaannya perlu diberikan perhatian lebih berbanding rambut yang lurus.

Nabila Razali

Cumi-cumi! Siapa lagi kalau bukan penyanyi yang meletup dengan lagu Pematah Hati iaitu Nabila Razali. Kepada peminat wanita tinggi lampai ini, pasti ingin mengetahui bagaimana dirinya menjaga rambut dengan bertudungkan?

Apabila ditanya tentang penjagaan rambut, Nabila Razali mengakui dirinya yang memiliki rambut kerinting agak sukar untuk dijaga lebih-lebih lagi jika anda berhijab.

Untuk mengelakkan daripada mempunyai masalah rambut, dia mencuci rambutnya pada setiap hari dan memastikan pakai tudung selepas rambutnya dalam keadaan kering sepenuhnya.

Syifa Melvin

Sebut saja Syifa Melvin pasti anda akan kaitkan dengan pelakon jelita iaitu Syatila Melvin. Ya, memang mereka mempunyai pertalian darah iaitu pertalian adik beradik.

Menurut Syifa, bila sebut saja tentang rambut dia akan memikirkan lembut, segar dan wangi. Oleh itu, di amat menitik beratkan tentang bau rambut kerana walaupun memakai tudung, bau rambut akan melekat pada tudung yang menyebabkan orang sebelah pun boleh terbau busuk rambut tu.

Ha, bukan senang menjaga rambut tau untuk wanita yang berhijab ni. Yang penting kena ada kesungguhan dan disiplin.

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna