3.8 Million Wanita Menderita Dengan ‘Breast Ironing’ Elak Risiko Mangsa Seksual

Daripada mendidik manusia untuk mempunyai sikap yang positif dan memahami, satu budaya yang menyakitkan telah diwujudkan demi mengelak sesuatu risiko.

Di sinilah betapa pentingnya pendidikan dan pendedahan yang positif terhadap seseorang. Pengaruh didikan yang baik sebenarnya memainkan peranan sangat penting dalam apa jua jenis keamanan dalam hidup.

Namun, ada juga kalangan manusia yang tidak bernasib baik dalam kehidupan mereka. Ada yang memang dari kecil didedahkan dengan banyak perkara negatif dan ada pula memang sudah dikelilingi oleh pengaruh membinasakan itu. So, who’s to blame?

Baca:“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Walau bagaimanapun ini bukan satu alasan untuk menjadikan sesuatu budaya seperti ini sebagai penyelesaian terhadap sesuatu risiko! Tetapi sedih jugalah apabila penulis mendengar sejenis budaya yang cukup menyakitkan ini dilakukan terhadap 3.8 million wanita hanya semata untuk mengelak risiko daripada menjadi mangsa gangguan seksual!

Antara negara yang popular mempraktikkan budaya melawan human nature ini adalah Afrika, Nigera dan juga Cameroon dan beberapa lagi negara lain.

Apa ituBreast Ironing?’

Breast Ironing adalah satu tradisi atau budaya tradisional di mana praktiknya adalah meletakkan objek yang dipanaskan menggunakan api dan diletakkan di bahagian payudara wanita bagi bertujuan untuk menghalang daripadanya untuk membesar secara normal.

Bukan itu sahaja, tujuan utama mengapa budaya ini dicipta adalah untuk memastikan kaum wanita menjadi less attractive secara seksual dan fizikal. Kesakitan yang digambarkan oleh wanita yang pernah mengalaminya adalah diibaratkan lebih sakit daripada melahirkan anak! What a horrible practice!

Apa kesan budaya gila ini?

Sejujurnya, ini adalah perkara yang paling Donna tidak boleh terima! Mengikut sumber daripada akaun Twitter @YommyAyilara, kesannya begitu dahsyat sehinggakan banyak risiko untuk mangsa menerima penyakit-penyakit kronik seperti breast cancer, cyts, breast tissue damage,trauma, deppression dan bermacam lagi!

Objek yang dipanaskan

Batu yang bersaiz batu bata atau kayu dipanaskan menggunakan api bagi bertujuan untuk kononnya mengecutkan payudara. Bukan itu sahaja, sejak dari kecil bahagian dada akan dibalut seketat-ketatnya dan tidak akan dibuka. Sehinggakan setiap hari, ibu yang percaya akan budaya ini memeriksa anak perempuan mereka memastikan balutan yang tersangat ketat itu tidak dibuka!

Sudah penulis katakan tadi, pendidikan dan pendedahan seseorang individu terhadap apa jua yang berlaku adalah amat penting! Perkara sebegini juga menunjukkan masih ada lagi golongan wanita yang teraniaya dan masih dihantui dengan tindakkan tidak berperikemanusiaan segelintir golongan lelaki yang tidak langsung menghormati wanita. Sampai bila perkara ini perlu berterusan?

Sedihnya sehingga ke hari ini juga, masih ada lagi wanita yang dipersalahkan jika memakai pakaian seksi kerana seakan mereka mengundang sendiri risiko terkena gangguan seksual. Siapa yang sepatutnya dibetulkan dalam hal ini? Jika semua golongan lelaki menghormati hak kebebasan wanita, sudah pasti kita wanita semua tidak dibayangi ketakutan seumur hidup.

 

 

Baca:

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna