2019 Tiada Lagi Peperiksaan Bagi Tahun 1 Hingga 3

Kami percaya bahawa pendidikan adalah milik semua dan tidak harus disempitkan kepada ruang dinding bilik darjah sahaja malah perlu membina masyarakat pada masa sama,”

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee bin Malik telah mengeluarkan kenyataan di akaun twitter miliknya pagi semalam dengan mengatakan tiada lagi peperiksaan bagi tahun 1, 2 dan 3 dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun hadapan.

Apabila dilihat dari komen-komen dari pihak ibu-bapa, kebanyakkan mereka bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka mengatakan kanak-kanak tidak lagi terbeban dengan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, tidak semua individu mempunyai mentaliti yang sama kerana ada juga para ibu bapa yang memberi komen pendapat mereka dengan mengharapkan perubahan sistem pembelajaran ini tidak membebankan pihak guru dan ibu bapa juga dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak.

Namun, apabila ditanya kepada salah seorang ibu yang dikenali sebagai Anida yang mempunyai anak berusia 9 tahun sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sistem pembaharuan ini, dia mengatakan,

“Tidak kiralah sistem pembaharuan apa yang kerajaan baru ingin gubal, asalkan pembelajaran mereka tidak membuatkan ibu bapa sukar untuk menjadi guru kedua kepada anak-anak mereka ketika berada di rumah.

Contohnya, sistem KBAT di mana ibu bapa tidak memahami skema jawapan yang diinginkan. Jadi, apabila mereka membuat latihan di rumah dan memerlukan tunjuk ajar, saya sebagai ibu tidak dapat mengajar seperti mana guru di sekolah ajar. Ini akan menyukarkan mereka,”

Tambahnya lagi, harap pihak kementerian sudah mengkaji sedalam-dalamnya supaya kanak-kanak tidak terkejut dengan sistem peperiksaan apabila mereka memasuki tahap yang seterusnya kerana sistem peperiksaan tidak didedahkan sejak hari pertama persekolahan mereka.

Sumber: cikgu sekolah

Jadi, adakah setiap kali pertukaran kerajaan, pembaharuan sistem harus diperkenalkan dan digubal? Tetapi, sampai bila pula Malaysia akan mencapai satu tahap pendidikan yang menepati dalam segala aspek dalam melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

Sumber: twitter maszlee

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna