2 Bahan Ini Mampu Hilangkan Hitam Lebam Di Siku, Lutut & Buku Lali

Dah cuba banyak produk nak putihkan bahagian hitam kat siku dengan buku lali ni tapi tak putih-putih! Macam mana ni?”

Isu masalah hitam lebam di bahagian siku, lutut dan buku lali ibarat perkara yang dialami oleh hampir semua wanita di luar sana. Tetapi, bukan bermakna kulit kita mengalami cela. Tapi ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kepada cuaca dan kandungan melanin yang tinggi pada kulit.

Kalau tak disebabkan mengandung atau pun cukur bulu, mesti kesan hitam lebam tu timbul di bahagian siku, lutut dan buku lali. Tak tahu lah mana datangnya hitam ni! Kadang nak pakai baju lengan pendek pun malu sebab siku warna hitam lebam.

Sumber: hello sihat

Jangan pening-pening! Kali ini Donna mendedahkan rahsia menggunakan bahan tradisional untuk menyelesaikan masalah anda. Hanya menggunakan 2 bahan ini saja iaitu madu yang mampu memberikan kelembapan pada kulit serta serbuk kunyit yang dapat mencerahkan kulit.

Ikuti langkah di bawah ini…

Bahan-bahan

  1. 2 sudu madu
  2. 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Campurkan madu dan serbuk kunyit.
  2. Gaul sehingga rata kedua bahan ini.
  3. Sapu pada bahagian badan yang mengalami kesan hitam lebam
  4. Biarkan sehingga 20 minit.
  5. Lap atau bilas dengan air di bahagian tempat sapuan madu dan serbuk kunyit.
  6. Lihat hasilnya!

Tapi anda perlu ingat, merawat kulit menggunakan bahan semula jadi bukan sekali dua buat dah dapat hasil. Tetapi, anda perlu lakukan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya sangat memuaskan. Selamat mencuba.

Sumber: madina minna shrienzada

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna