15 Mei Malapetaka Besar Peristiwa Nakba

Hari yang digelar sebagai hari An-Nakbah adalah sebuah hari di mana tentera Zionis telah melakukan serangan besar-besaran terhadap bumi Palestin. Zionis bercita-cita ingin mempunyai sebuah negara sendiri telah terlaksana pada malam 14 Mei 1948 apabila mereka mula menyerang bumi Palestin tanpa belas kasihan. Bayangkan nasib rakyat-rakyat Palestin pada ketika ini?

Theodore Hertzl telah mengilhamkan idea kepada golongan Yahudi untuk mempunyai dan menubuhkan negara Yahudi di Palestin selama lebih setengah abad. Malangnya bagi warga Palestin, tanah mereka yang digelar “tanah yang diberkati” dan dijaga oleh kerajaan Islam setelah hampir 1300 tahun telah jatuh ditangan kaum Yahudi! What a terrible change!

via GIPHY

Demi melaksanakan rampasan tanah suci itu, tentera Zionis semestinya mengambil jalan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusian iaitu dengan melaksanakan penghapusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai. This is so sad!

Mereka mensasarkan rakyat awam Palestin dengan menggunakan rancangan serangan yang dinamakan rancangan “Dalet” dan jumlah korban ketika itu sehingga ke hari ini masih lagi tidak dapat dipastikan.

via GIPHY

 

Selain itu, disebabkan serangan ini, dianggarkan 750,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian dan hidup seperti bom jangka. Disebabkan itu, rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari An-Nakba atau hari malapetaka besar bagi memperingati penderitaan rakyat Palestin.

Baca: AJ+ Salahkan Malaysia Kerana Tidak Terima Pelarian Rohingya?

Walaupun setelah Yahudi berjaya merampas tanah suci tersebut, penderitaan terhadap rakyat Palestin tetap berlaku. Mereka terus menerus dibunuh dan diserang oleh tentera Zionis dan dianggarkan ketika itu 78% tanah yang dirampas oleh Zionis. Mengikut peredaran masa dan penindasan Yahudi terhadap warga Palestin kini kawasan yang dimiliki oleh rakyat Palestin semakin kecil.

via GIPHY

 

Ketika itu juga, 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan dan 426 orang rakyat Palestin terkorban dalam massacre terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee. Tentera Arab tidak mempunyai bilangan yang ramai berbanding tentera Zionis yang mempunyai 96,500 orang tentera berbanding 25,000 orang tentera Arab. Pertempuran antara Zionis dan tentera Arab sepanjang pasca penubuhan Israel adalah selama 20 bulan.

Peristiwa ini adalah satu peristiwa penting buat kita sebagai umat Islam memperingati dan sentiasa mengambil iktibar daripadanya. Ianya adalah perkara yang besar dan sukar dimaafkan sehingga ke hari ini kerana penindasan terhadap rakyat Palestin masih berlaku. Semoga di bulan yang mulia ini penulis ingin mengajak anda semua untuk sentiasa mengingati dan sedekahkan Al-fatihah kepada umat Islam yang terkorban di hari yang gelap ini.

Baca: Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

Kisah Dongeng Seram ‘Kapten John’ Muncul Tanpa Kepala Di…

 

 

 

Sumber:MyCare

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna