106 Kes COVID-19 Di Hulu Langat! Elak Kluster Raya, ‘No More’ Ziarah

Syawal kedua hari ini kelihatan agak suram namun kita tetap perlu bersyukur diberi kesihatan yang sempurna. Tiada lagi aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah Aidilfitri dibenarkan pada hari ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

But girls, kebenaran untuk beraya pada syawal pertama pun dah cukup bagus kan? Bukan apa, rakyat seharusnya faham dengan tindakkan kerajaan ni. Jangan nanti wujud pula kluster raya dan pasti itu lebih menyedihkan!

Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini. Good job!

Surau dan kubur sepi

Misalnya, masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat Covid-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian membabitkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain. So bayangkan kalau virus disebarkan ketika kita beraya ke rumah saudara yang ada anak kecil dan warga emas. Hm, tak pasal-pasal raya bertukar tragedi nanti.

Hulu Langat makin serius

Sementara itu, Hulu Langat kini merekodkan tiga angka kes aktif Covid-19 dengan pertambahan 36 kes baharu, semalam.

Jumlah kes aktif di daerah itu kini berjumlah 106 kes berbanding 70 kelmarin dan secara keseluruhan kes terkumpul adalah 592 kes.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman sosial Twitter memaklumkan, Selangor mengalami peningkatan selama tiga hari berturut-turut. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul jangkitan Covid-19 di Selangor kini berjumlah 1,776 kes.

Teruskan patuhi sop yang telah ditetapkan dan sentiasa ingat, kita masih belum menang.

 

 

 

Baca juga:

Tak Boleh Bermalam Masa Ziarah Dan Melaka Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri

Tak Ada Hal Raya Berjauhan, Video Call Whatsapp Kini Boleh 8 Orang Satu Masa!

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna