1044 PATI Indonesia Dihantar Pulang, Kini Seramai 416 Warga Asing Positif COVID-19

Khamis lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan seramai 416 kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing termasuk dua kes kematian di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media perkembangan semasa kes Covid-19 di KKM, daripada jumlah tersebut, 51 kes terdiri daripada warga Indonesia, India (37 kes), Myanmar (31 kes), Pakistan (29 kes) dan Filipina (27 kes).

“Saya telah pun memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada kedutaan asing sekiranya warganegara mereka dijangkiti COVID-19 di negara ini. Sekarang ni, kita tidak perlu memindahkan mereka kecuali mereka positif barulah kita pindahkan mereka di hospital,” jelasnya.

Sumber: nst

1044 PATI Indonesia dihantar pulang…

Bagaimanapun, pada Khamis lalu juga, kerajaan telah menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia seramai 1044 orang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penghataran pulang dijalankan secara berperingkat pada 9 dan 10 April 2020 ke Jakarta dan Medan.

Tak kiralah apa pun tindakan yang diambil, semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 sekaligus dapat memutus rantaian wabak berbahaya ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: awani , facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna