10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk kali pertama, amat sukar. Kalau omputih kata “you have zero knowledge” tapi ini semua lumrah alam. Anda patut bersyukur kerana berada di era modern dengan teknologi canggih di mana segala ilmu boleh anda pelajari di hujung jari.

Gunakan manfaat serta kelebihan yang ada untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita. So, jika anda sedang membaca Donna sekarang ini, nampaknya anda berada pada landasan yang betul, kerana Donna akan kongsikan 10 jenis simptom luar biasa berkaitan kesihatan anak-anak anda yang anda perlu peka. Hiks! Ready? Scroll bawah..

via GIPHY

Jadi, antara 10 simptom yang anda perlu tahu…

  1. Demam panas yang mencapai suhu badan 40 darjah. Bukan apa, takut diserang sawan demam. Sebelum diserang, lebih baik mencegah.
  2. Bulatan bintik ruam merah. Memang kita tengok macam ruam biasa tapi mana tahu kulit si kecil dijangkiti kulat.
  3. Demam yang berpanjangan lebih dari 3 hari. Kasihan si kecil jika dibiarkan demam lama-lama, dia yang menanggung sakit. Lagipun, takut dijangkiti bakteria pneumonia. Lebih baik bawa berjumpa dengan doktor.
  4. Demam yang disertakan pening kepala. Jangan buat tak endah jika si manja mengadu sakit kepala kerana kemungkinan besar mereka mungkin mengalami meningitis (radang selaput otak).
  5. Memandangkan tahi lalat adalah perkara biasa kerana dianggap tanda lahir tapi sekiranya tahu lalat kelihatan lain daripada biasa, tolong bertanya pada pihak doktor kerana itu juga tanda awal kanser kulit.
  6. Mengalami sakit perut yang kerap dan si manja kelihatan seperti mengalami cramp pada bahagian perut. Rujuk pada doktor, gusar si manja mengalami apendik.
  7.  Sakit kepala disertakan muntah yang kerap. Bukan apa, takut si manja menghadapi migrain atau salah makan.
  8. Kurang buang air kecil dan bibir kering adalah salah satu simptom mereka sedang dihidrasi. Jika dibiarkan, mereka boleh menghidapi strok haba. Minta mereka minum air kosong dengan kerap atau bawa ke klinik untuk dapatkan suntikan cecair.
  9. Bibir kebiruan di mana tanda tubuh si kecil kurang mendapat oksigen yang secukupnya. Selain itu, nafas berbunyi, kelihatan sukar bernafas dan diselangi dengan batuk adalah tanda si manja mungkin diserang asma.
  10. Muntah selepas terjatuh. Lebih-lebih lagi jika si kecil berusia 6 bulan ke bawah, anda perlu bawa berjumpa doktor. Takut si kecil mengalami masalah dalaman.

Para ibu tolong take note semua simptom di atas. Jagalah si manja sebaik mungkin kerana tidak semua dikurniakan cahaya mata seperti anda. Hargailah kehadiran mereka.

 

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, klik saja senarai artikel di sini:

Pipi Anak Ruam? Hanis Zalikha Kongsi Cara Atasi Masalah Ini

Pakaikan Si Manja ‘Neck Float’ Memang Comel, Tapi Pelbagai Risiko Boleh Terjadi!

 

 

 

Sumber: parents

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna