10 Idea Sediakan Makan Malam Dengan Pantas Selepas Pulang Bekerja

Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda. Anda juga boleh membeli terus pes-pes utama yang ada dijual dipasaran atau atas talian. Itu lebih menjimatkan masa anda. Ini antara rahsia kedai makan dapat menghidangkan makanan dengan pantas kepada pelanggan tau.”

Memasak cukup sinonim dengan wanita. Ramai yang percaya, cara paling mudah untuk memikat selera keluarga ialah melalui masakan. Ada wanita yang tidak mahir memasak tetapi mereka harus memasak untuk memenuhi selera keluarga, suami dan anak-anak. Namun tetap mendapat pujian melangit. Rahsianya ialah mereka memasak daripada hati. Makanan yang dimasak dengan ikhlas mampu menyentuh deria rasa orang yang menikmatinya. Kita semua mungkin bersetuju jika dikatakan tiada makanan paling sempurna yang boleh menandingi mana-mana masakan di dunia selain air tangan ibu. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Jangan tidak percaya, jika makanan masakan si ibu atau orang yang disayangi sentiasa ditunggu-tunggu walaupun dihidangkan dengan menu yang simple sahaja.

Sumber Foto: Google Image

Walau bagaimanapun, bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk keluarga mungkin tiada masalah walaupun mereka juga sibuk dengan urusan yang tidak selesai. Namun bagi ibu yang bekerja, ia agak mencabar jika hendak memasak setiap hari. Habis waktu bekerja, perlu bergegas pulang ke rumah dan merempuh kesesakan jalanraya. Ambil anak di taska dan terus bersilat di dapur agar keluarga tersayang tidak kelaparan menunggu makan malam dihidangkan. Ada cara yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan masa dan tenaga agar tugas memasak menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Bukan sahaja untuk ibu bekerjaya, sesiapa sahaja boleh gunakan idea ini untuk menyenangkan tugas ketika berperang di dapur.

  • Rancang Menu Seminggu

Rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli-belah semua bahan pada hujung minggu.

 

  • Asing Bahan Mentah

Sumber Foto: 123rf.com

Potong ayam dan daging mengikut saiz masakan yang diperlukan mengikut menu yang telah dirancang. Kemudian, cuci, asing, dan bungkus semua bahan mentah mengikut menu kegunaan harian.  Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas atau plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam,daging atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.

  • Penyedian Pes Masakan

Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia serta kunyit yang menjadi bahan asas utama atau pes dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan seminggu atau sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda. Anda juga boleh membeli terus pes-pes utama yang ada dijual di pasaran atau atas talian. Itu lebih menjimatkan masa anda. Ini antara rahsia kedai makan dapat menghidangkan makanan dengan pantas kepada pelanggan tau.

  • Bahan Masak Sedia Hidang

Jika tidak berkesempatan untuk menyediakan bahan masakan dengan awal, dapatkan bantuan! Hari ini banyak pasaraya yang membantu memudahkan kerja kaum hawa dengan menyediakan bahan masak mengikut beberapa menu tertentu dan di pek kemas di rak pameran. Anda hanya perlu basuh, potong, masak dan hidang. Pilih apa saja menu masakan yang berkenan di hati sewaktu memilih bahan masakan ini, tersedia semua ramuan tanpa menyusahkan anda.

 

  • Bekukan Lebihan Lauk

Sumber Foto: 123rf.com

Makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dipanaskan semula untuk makan malam selepas pulang bekerja. Tapi ingat jangan terlampau lama simpan ya, dikhuatiri makanan tersebut telah terdedah dengan bakteria.

  • Masak Satu Lauk Yang Lengkap

Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti nasi goreng, bihun goreng, masakan tomyam, paprik, sup campur.

  • Ulam-Ulaman Pengganti Sayur

Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat. Hanya perlu basuh sebersihnya dan tersedia untuk dihidangkan.

  • Stok Pembangkit Selera

Pagi penggemar rasa pedas, anda boleh sediakan stok pembangkit selera seperti sambal belacan atau sambal bilis kering lebih awal. Jika tidak sempat sediakan menu lain, anda hanya perlu masak nasi dan telur goreng sahaja. Sebagai menu sampingan yang pasti membangkitkan selera, hidangkan sekali bersama stok sambal belacan atau sambal bilis kering yang tersedia. Walaupun ringkas, tetapi tetap mengenyangkan!

  • Dari Dapur Terus Ke Meja

Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.

  • Gunakan Gunting Bukan Pisau

Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.

Sumber: Delifea  mynewshub  mingguan wanita

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna