10 Ancaman Kesihatan Awam 2019 Yang Wajib Anda Tahu

WHO adalah singkatan dari nama sebuah organisasi World Health Organization. Fungsi pembentukan WHO adalah melakukan koordinasi kegiatan dalam hal peningkatan kesihatan masyarakat di berbagai belahan dunia.

Baru-baru ini, seorang pakar doktor Penyelidik Kesihatan Media Sosial dan Strategi Kesihatan Digital Bersepadu, Doktor Afiq Rahim telah berkongsi sesuatu di akaun twitter miliknya tentang 10 ancaman kesihatan kepada orang awam pada tahun ini yang dikeluarkan oleh pihak WHO sendiri. Tweet beliau berbunyi seperti …

Sumber: blog dr afiq rahim

Pencemaran udara & perubahan iklim

Saban tahun, aktiviti pembalakan semakin meningkat menyebabkan pencemaran udara dan perubahan iklim semakin parah. Menurut laporan,  9 daripada 10 orang menghirup udara yang tercemar setiap hari. Pada tahun 2019, pencemaran udara dianggap oleh WHO sebagai ancaman alam sekitar yang paling besar untuk kesihatan.

Sumber: BH

Penyakit tidak berjangkit semakin meningkat

Tahukah anda, menurut kajian WHO penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung, secara kolektif bertanggungjawab untuk lebih daripada 70% daripada semua kematian di seluruh dunia, atau 41 juta orang.

Ancaman wabak influenza peringkat global

Menerusi twitter Doktor Afiq, kemungkinan besar seluruh dunia akan menghadapi satu lagi wabak influenza peringkat global (pandemik Influenza) tetapi, pihak WHO tidak tahu bila ia akan melanda dan betapa teruknya penyakit itu.

Persekitaran dan situasi yang mengancam kesihatan

Lebih daripada 1.6 bilion orang bersamaan dengan 22% penduduk global yang tinggal di tempat-tempat yang mengalami krisis persekitaran dan situasi yang berlarutan seperti kemarau, kebuluran, konflik, perpindahan penduduk akan mengalami perkhidmatan kesihatan yang lemah.

Sumber: internet

Kerintangan antibiotik dan ubat-ubatan lain

Tulisnya lagi berpandukan kenyataan dari pihak WHO, rintangan kepada ubat tuberkulosis adalah halangan yang besar untuk memerangi penyakit batuk kering sehingga menyebabkan kira-kira 10 juta orang jatuh sakit, dan 1.6 juta orang mati, setiap tahun.

Ancaman Ebola dan kuman merbahaya (Patogen)

Pihak kesihatan kini sibuk memantau Ebola, demam berdarah, Zika, Nipah, MERS-CoV, SARS & penyakit X, yang mewakili keperluan untuk mempersiapkan sesuatu yang tidak diketahui serta patogen yang boleh menyebabkan wabak yang serius.

Penjagaan Kesihatan Primer yang Lemah

Penjagaan kesihatan primer boleh memenuhi sebahagian besar keperluan kesihatan seseorang dalam menjalani kehidupan mereka. Sistem kesihatan dengan penjagaan kesihatan primer yang kuat diperlukan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat.

Keengganan vaksin

Keraguan dan keengganan ibu bapa untuk mengambil atau memberi si kecil vaksin kini, telah menjadi ancaman baru kesihatan terutama pencegahan penyakit berjangkit yang merbahaya.

Sumber: internet

Denggi Semakin Berani

Dianggarkan 40% daripada populasi dunia berisiko demam denggi, dan terdapat sekitar 390 juta jangkitan setahun. Strategi kawalan Denggi WHO bertujuan mengurangkan kematian sebanyak 50% menjelang tahun 2020.

Sumber: iluminasi

HIV Semakin Mencabar

Sejak awal wabak itu, lebih daripada 70 juta orang telah memperoleh jangkitan HIV, dan kira-kira 35 juta orang telah meninggal dunia. Hari ini, sekitar 37 juta di seluruh dunia hidup dengan HIV.

Sumber: medical news today

Dunia kini tidak sama seperti dahulu. Pelbagai perubahan berlaku memerlukan orang ramai lebih berwaspada dalam menjaga kesihatan diri. Bertindaklah sebelum terlewat okay.

 

 

 

 

 

Sumber: Dr. Afiq Rahim

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna